Aku rasa 20/12/2013 adalah kurang bernasib baik sebab macam-macam masalah timbul. Percutian ke pangkor ni dirancang last minute semasa di cameron baru kami semua buat keputusan nak sambung percutian kami di pangkor jadi saya pun search la internet cari tempat menginap di pangkor semua penuh. Jadi bincang punya bincang kami pun buat keputusan tidor je di lumut atau kawasan berdekatan jadi besoknye pagi pagi baru bertolak pergi ke pangkor. Saya pun search la dalam mudah.com.my semua homestay saya tanya semua dah penuh dan homestay satu ni je la yang ade kekosongan untuk hari ni 20/12/2013 ni antara perbincangan saya dengan pemilik home stay ini tengok gambar dibawah.
Last sms tu pkl 13.39 kami pun meneruskan perjalanan turun dari cameron sambil tu singgah la ladang boh dan strawbery dulukan. Jadi dalam pukul 3 lebih dekat pukul 4 baru kami sampai di bawah dan terus menghala ke kampar sebab nak singgah makan dan sembahyang dulu di rumah saudara di kampar
Pukul 16:02 dia sms saya macam ni tapi saya dah buat paymen pada pukul 15:58 tu pun bila dah tak drive baru saya boleh buat transfer yang tuan rumah ni dah tak sabar sabar nak buat duit bukannye saya nak tipu kalau dah kata jadi tu jadi la
Memang saya ada kata nak masuk pukul 4 atau 5 petang tapi kita hanya merancang Allah yang menentukan betul tak. Paerjalanan dari tapah ke kampar pun nak mengambil masa lama sebab ada kerja-kerja pembaikan jalan. Samai kampar kami makan sembahyang lebih kurang pukul 5.30 baru kami bergerak dari kampar menuju ke lumut. Estimate time menggunakan gps menunjukkan perjalan hanya mengambil masa 1 jam 15 min sahaja tetapi ape yang berlaku adalah sebaliknya. kami arrive jam 7.55 malam di telok batik. saya call en nizam tak angkat 3 kali saya call baru dia angkat dia kata tengah sembahyang tadi ok saya tak kesah. Kene patah balik sebab kami dah terlajak simpang bila sampai je di simpang yang betul kami nampak sign board ni
gambar ni saya ambil masa dah checkout dari homestay ni ye.
Melalui perbualan talifon dia minta kami tunggu di simpang itu dan nanti ada orang akan datang ambil kami dan tunjuk jalan ke homestay tersebut kami pun tunggu la
kami masih sabar menunggu bila dah tak tahan menunggu kami pun tanya la orang yang tinggal kat situ dimana homestay ni. Kami cari sendiri sampai depan pintu homestay tu alamt rumah tu 39b.
masa tunggu disimpang tu dia kata orang yang jaga dan pegang kunci rumah tu pergi sembahyang ok tak pe saya tengk jam ok la 8.30 nak sembahyang isya tu. Tapi 1 jadi persoalan kami saya dah call pkl 8pm lagi kan nape dia tak tunggu kami sekejap erk ermmmm.
Kami menunggu depan pintu rumah homestay sampai pukul 9.20 malam call en nizam banyak kali dia dah tak angkat phone dan tak balas sms. Akhirnya pukul 9.30pm baru dia pickup phone saya dia kata orang yang pegang kunci tu pergi sembahyang sabar la aku pun mula la naik angin aku pun cakap macam ni bro orang pergi sembahyang semua dah balik aku tengok masjid pun dah tutup dia sembahyang ape sampai 9.30pm tak balik-balik lagi dia dah tak boleh nak jawab. Selepas tu dia cakap ok kalau macam tu dia pulangkan balik diposit aku RM 100 tu aku kata kat dia kalau kau pulangkan balik aku nak tidor mana malam ni tidor masjid aku bayar diposit ni pukul 4 petang lagi maknanya ko dah setuju nak menyewakan rumah tu, kalau nak pulangkan diposit tu pukul 5 petang ke boleh la ni dah pukul 9.30 pm. Pastu dia jawab lagi ialah en janji nak masuk petang pukul 4 atau 5 penjaga kunci tu dah tunggu sampai pukul 6 ptg masih tak sampai, aku kata saya nak masuk pukul berapa tu masaalah saya walaupun saya lambat orang yang pegang kunci tu harus berada dirumah tersebut bila kami sampai.
Lepas aku melepaskan geram dalam phone salah seorang pakcik aku pergi tanya jiran depan rumah tu mane rumah orang yang pengang kunci tu kami nak ambil kunci. Lepas di tunjuk arah rumah pemegang kunci tu aku pun pergi la kerumah pemegang kunci. Jumpa dengan pakcik dekat rumah tu tanya dia pastu dia jawab dia dah tak pegang kunci rumah tu pagi tadi dah pulang balik dekat mak tuan rumah tu dah jadi satu masaalah lagi tapi nasib baik pakcik tu ade membantu dia suruh anak dia cari mak tuan rumah tu dia suh anak dia cari dekat kedai mamak hai panas hati aku dengar.
Sambil menunggu mak dia balik aku pun berborak la dengan pakcik tu ha ni yang menariknye rupenye sebelum ni memang dah banyak masaalah berlaku antaranye pakcik tu kata ada keluarga dari kelantan datang kata dah booking awal tapi bila sampai rumah tu dah bagi dekat orang lain. Pakcik tu kata dari dulu lagi pengurusan tak betul.
Sambil berborak dengan pakcik tu ade 2 biji motor lalu depan kami 1 motor lelaki dengan perompuan naik lagi 1 lelaki sahaja pakcik tu kata ha tu mak tuan rumah tu, dalam hati aku kata aik boleh selamba je dia lalu depan kiteorang buat bodoh je bukan nak minta maaf ke ape ke ermmmm.
Lepas tu kami pun balik la ke homestay tu anak dia pun datang naik motor buka kunci rumah dan nak minta baki duit rumah tapi aku tak nak bagi sebab aku nak cakap dulu dengan nizam dan berunding lebih lanjut.
PELIK pula bila dah buka pintu rumah tu aku call nizam sekali je terus dia angkat aku pun kata la masaalah ni semua kalau boleh nak win win situastion la kan maksud aku nak kurang la. Tapi boleh pula dia kata tak boleh aku kata semua ni bukan salah aku salah you all la kan. pastu dia ungkin kata aku datang ramai 7 biji kereta mula mula aku cakap 5 kereta je ni dah lebih orang. aku tanya syarat berapa orang dia kata syarat 12 ke 15 orang DEWASA mengikut undang-undang malaysia dewasa bermula dari ( Tertakluk kepada seksyen 4, umur belum dewasa bagi semua lelaki dan perempuan ialah dan adalah terhad kepada lapan belas tahun dan tiap-tiap lelaki dan perempuan yang mencapai umur itu ialah berumur dewasa di Malaysia.)
aku cakap pada nizam betul memang kami orang dewasa hanya 15 orang kalau tak percaya panggil orang datang kira, jumlah kami termasuk kanak-kanak 23 orang. Aku tunggu sampai pukul 7 pagi tiada sapa pun yang datang.
Selang 30 min dia call balik dia kata dia sekeluarga dah bincang dan setuju nak bagi diskaun sebanyak RM 20 jadi total semua RM 180 duit sewa satu malam. Aku kata tak payah la aku bayar je baki RM 100 tu. Dalam hati aku barapa banyak kesilapan di pihak dia tapi cuma tolak RM 20 je kalau tolak RM 50 puas juga la hati aku ni.
ha bab ni aku suke korang decide macam mane homestay ni
pintu tak blh tutup rapat