Social Icons

Monday, April 23, 2012

Kaya roti brand Mighty White berkulat

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

hari ni aku memang panas dengan product ni baru nak menjamu selera dengan roti bakar terus hilang selera bila
jadi benda macam ni. Bukan aku nak kutuk atau nak merosakkan perniagaan orang tapi aku sebagai pengguna yang teraniaya rasa aku patut berkongsi benda ni dengan orang lain walaupun harga barang tu cuma RM 2.50.

Anda semua mesti kenal product ni nama product ni MIGHTY WHITE kalau tak kenal lihat gambar di bawah






Aku beli kaya perisa NYONYA KAYA brand MIGHTY WHITE  pada 24/4/2012 masa 1:16 am di sebuah stesen minyak shell di kawasan kajang. 
Sampai dirumah aku pun terus buka kaya dan sapu atas roti dan siap untuk dibakar di dalam pembakar roti aku pun try la rasa sikit kaya tu aik kenapa rasa dia lain macam je, Mula la bermacam persoalan bermain di pikiran aku yang dah serabut ni, 


Cuba anda lihat tarikh dekat penutup kaya tu 2/7/2012 lambat lagi kan tarikh luput dia manakala dekat belakang sudu yang aku gunakan untuk menyapu kaya ke roti tu ade kulat dah melekat ni bukan photoshop ye ini betul betul kejadian.


Di atas gambar lebih jelas lokasi kulat di dalam bekas kaya dan diatas kaya tu. Aku cube cari dekat internet dan bekas kaya tu alamat email atau website dia tapi mengecewakan mereka tiada website baru ingat nak hantam je email siap dengan pic sekali. Kalau ade sesiapa yang berkerja atau kenal mereka yang bekerja dengan company ni jangan la segan segan ye panjangkan cerita dalam blog aku ni kepada mereka

AHHHHH KECEWA AKU MLM NI X DAPAT MAKAN ROTI BAKAR
























No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Saya ingin berkongsi tempat makan yang menarik dan tidak menarik yang pernah saya kunjungi dan dapat di kongsikan bersama anda semua.Jika anda ade tempat untuk dikongsi boleh hantar gambar dan maklumat ke email mohdhairuddin@gmail.com

Sample Text