Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung dan pembaca blog saya ini. Hari ini saya ingin berkongsi satu tempat/lokasi makanan terbaik untuk anda iaitu Warung Mak Teh Mee BANJIRRRRR Udang.Pertama kali saya jejakkan kaki ke warung ini adalah pada 25/7/2010 itu pun sebab orang rumah yang ajak he he he maklum la bukan tak nak bawak dia pergi sebelum ni maklum la bukan tempat kita takut sesat sebab tak tau jalan.Warung ni terletak betul betul di bahu jalan di area kuala sepetang perak.Kalau ikut lebuh raya utara selatan dari arah selatan guna exit taiping atau ni alamat dia Batu 9 1/2, Kampung Tebok, Jalan Kuala Sepetang, 34750 Matang, Perak, Malaysia. atau pun boleh hubungi no di bawah
Harga untuk makanan disini tidak la mahal dan saya rasa amat berpatutan dimana semangkuk mee banjir udang air masin hanya RM 12 manakala udang air tawar RM 10 dan kalau udang bela hanya RM 6 semangkuk.
ha nampak tak udangnye besar punya dan banyak
ha tengok betul tak saya kata banyak udang nya memang puas hati la bagi penggemar udang kalau makan kat sini.
Selain mee udang terdapat juga nasi goreng banjir udang seperti diatas letih jugak saya nak mengabis kan udang tersebut ermmm lazatnye.
Kira lah sendiri udang yang telah isteri saya letak dalam pinggan tu banyak tak.
Ini pemandangan kedai dari seberang jalan.
Kepada mereka yang belum mengunjungi boleh la datang jenguk kedai ni skali skale memang berbaloi.
No comments:
Post a Comment