Social Icons

Tuesday, December 30, 2014

MEE RACUN BATU PAHAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya. Hari ni saya ke batu pahat atas urusan kerja. Saya tinggal di landmark hotel harganya berpatutan dan saya book menerusi booking.com pssttt promote sikit he he he.

Saya check in hotel ni pada pukul 6 petang perut pun lapar sebab tengah hari tak makan lagi, jadi saya pun tengok la menu list yang ada dalam bilik ni ( room 305 ). Belek punya belek tertarik pula dengan menu landmark special dimana disitu ada set nasi goreng dengan ayam goreng + air green tea + aiscream harga baru RM 15 tak termasuk 6% goveemant tax  
 


Kira berbaloi la kalau nak makan dalam bilik dengan harga ni tak macam hotel lain cekik darah. 

Bila malam menjelang saya pun duk pikir apa nak makan malam ni jadi saya pun pergi la berjumpa dengan pakcik google dan bertanya makanan apa yang sedap di batu pahat ni, tanpa berpikir lama pakcik google pun keluarkan la jawapannya semua hampir sama iaitu mee racun. 
Saya pun baca la dalam 4 ke 6 blog semua bagi komen positif tentang kedai ni dan menu special dia iaitu mee racun. 

Apa lagi dapat alamat saya pun guna la pula makcik waze untuk cari lokasi kedai ni. Pusing punya pusing akhirnya jumpa kedai ni terletak berdekatan banggunan tabung haji dan hotel pine 

ini gambar pine hotel 

Gerai dia terletak seberang jalan berdekatan pine hotel atau lebih senang rumah kedai dekat depan banggunan tabung haji.

Denga hight expectation saya dengan membe saya berasa teruja nak try mee ni.
kami pun order la masa order tu kami tanya la pelayan tu mee racun ni macam mana dia pun jawab macam mee bandung eemmm okok. 

First impretion 



Terbaik tu nampak mengiurkan perhhhh. Pandangan pertama saya bagi 4 bintang.
Saya pun cuba makan ermmmmmmm indah kabar dari rupa mungkin tak kene dengan selera kami berdua kut.


Membe saya pun makan tak habis sebab dia kata boleh makan tapi nak kata terlampau sedap tak la.

Saya setuju dengan pendapat dia otak otak tu lagi sedap dari mee tu habis 2 bakul kami balun he he he .

Harga mee racun biasa RM 5 satu pinggan ok la tak mahal dalam tu ada daging lembu/telur dadar dan tentu la mee kan. Pstttt no sayur ooo


Tengok banyak rancangan makanan dekat tv dah mengunjungi restoran ni antaranya jalan jalan cari makan tv3 , sarapan tv3 , astro afc dan ade lagi cuba la zoom ye 


Kalau sesat atau tak jumpa kedai ni boleh call nombor yang ada dekat kad tu.


Rasanya ni tokei kut sebab dia duk dekat meja casyer sambil membaca yasin terbaik.

Ok la saya rasa cukup la ulasan tentang mee racun ni dari 5 bintang saya bagi 2.5 bintang sahaja la ye mungkin selera kita lain lain orait good nite sleap time.




Sunday, November 9, 2014

APA ADA PADA PAPAN TANDA


Nampak tak papan tanda sebelah tu yang menunjukkan tanda di larang merokok, tapi selamba je diaorang merokok kan macam papan tanda tu tak mendatangkan apa - apa maksud pun.
Ini la sikap manusia semakin di larang semakin dia nak buat. Sepatutnya letak papan tanda merokok lah selagi tak mati ha ha ha ha .
Lokasi viva home mall

Saturday, July 19, 2014

THIS IS MALAYSIA ( PRAY FOR PALESTINE )

CETUSAN PENDAPAT - kiriman Ahmad Tarmizi Idris
"Tiada Negara Seberani Negara Malaysia"
Ayat di atas bukan kata aku tetapi kata-kata dari seorang rakan berasal dari Sepanyol. Mengapa dia kata begitu? Ia bermula selepas dia membelek-belek passport aku dan dia terkejut bila dia terbaca,
"Passport ini sah digunakan di semua negara kecuali Israel"
"Eh, saya tak pernah melihat passport seperti ini. Malaysia benar-benar anti Israel. Saya boleh katakan tiada negara yang seberani Malaysia!" katanya.
Bagi rakan-rakan Palestin, kebanyakan mereka sudah tahu mengenai perihal passport Malaysia. Bagi mereka yang baru mengetahui hal ini, berpusu-pusu merakam gambar dan kongsikan di Facebook. Menurut mereka, di Palestine, mereka tidak boleh menyebut nama Malaysia sesuka hati. Apatah lagi jika ada askar Israel berhampiran kerana mereka sangat-sangat sensitif dengan nama Malaysia. Namun, kebencian Israel terhadap Malaysia membanggakan warga Palestin.
Salah seorang rakanku dari Jordan mengatakan bahawa tiada satu pun dalam mana-mana passport negara Arab yang berani meletakan pengecualian sebegitu dalam passport. Ini kerana mereka takut dengan Israel. Tetapi Malaysia yang bukannya Arab berani dan kuat daripada negara Arab itu sendiri.
Dan yang paling aku tak boleh bila seorang rakan dari Libya mengatakan sesuatu yang agak keterlaluan bagi aku iaitu,
"Saya rasa seolah-olah Nabi Muhammad bukan dari Arab tetapi dari Malaysia. Sebab kami tengok orang Malaysia jauh lebih sayang Islam dari orang Arab sendiri."
Demi Allah yang memegang urat jantungku, ini semua bukan rekaan semata-mata tetapi inilah yang aku lihat dan dengar ketika berada di Turki. Sedangkan orang Turki pun boleh kibarkan bendera Malaysia di kedainya, apatah lagi dengan kenyataan seperti ini?

Tuesday, July 8, 2014

WOW PERODUA DAH KELUARKAN KERETA HYBRID TERBARU

Tadi saya ke KLIA2 dan parking kereta dekat tempat letak kereta berbumbung, Mula - mula masuk parking tu aku pandang dekat mesin tiket parking tu ada tertulis 1 jam pertama RM4 pergghhhh pening aku.

Aku masuk parking tu lebih kurang pukul 2 ptg dan keluar pukul 6 ptg total parking aku kene bayar RM 15.

Semasa nak ke kereta aku ternampak ada 6 petak parking yng di warna dengan warna hijau dan di letakkan kon lalu ku terpandang sign board tu tulis untuk kenderaan hybrid sahaja. Pandang punya pandang aku ternampak myvi warna putih pun park dekat situ.

Wowww terkejut aku bila pula perodua lunching kereta baru ni ish ish pelik pelik korang saksi kan la sendiri yo.




Kalau korang berminat boleh la ke pusat pameran perodua yang berdekatan untuk test drive ye he he he he he.




Thursday, May 29, 2014

restoren paling lembap di kuala terengganu

Malam terakhir di kuala terengganu 29/5/2014 sebelum balik ke kl keesokan harinya aku makan di restoren ACHU CORNER berdekatan pantai batu buruk.


Aku order nasi putih / telur bungkus / sup daging / nescafe o ais. Membe aku pula order nasi putih / tomyam campur / ayam sambal / sambal belacan / milo ais. 
Masa staf dia dtg ambil order aku minta air laici kang dia kata tak ada ok tak pe aku tukar nescafe o ais pastu aku minta sop perut tak ada tukar minta sop tulang tak ada tukar minta sop ekor tak ada tukar aku geram aku tanya habis tu sup ape yang ada dia jawab sop ayam dan sop daging, aku pun order la sop daging .
Waktu order pukul 9.00 pm tunggu 5 minit air sampai.

 
Air aku minum dah tinggal setengah makanan tak sampai lagi tak pe la aku tunggu tau bape lama aku tunggu 45 minit baru makanan nak sampai nak kata orang ramai tak la ramai mane pun banyak je meja kosong.


Picture bawah ni antara menu yang kami order 





Yang buat aku bertambah sakit hati sup daging aku tu sejuk tak panas langsung macam dah lama masak tapi aku tunggu 45 min baru samapai.

Ni lago satu aku nak komplain tengok gamba di bawah 


Pertama kali aku jumpa kedai makan bagi aku dengan potongan timum besar macam ni aikkkk jangan la malas sangat nak potong nipis nipis.


Ni lagi satu telur bungkus yang ada cume isi ayam dan bawang pelik aku.
Membe aku komplain tomyam campur dia cuma ada ayam dan daging seafood langsung tiada.

Pesanan aku kalau sesiapa yang berkunjung ke terengganu elakkan makan di kedai ACHU CORNER ni ye.

Terima kasih kerana sudi membaca.






Monday, April 28, 2014

LAUK IKAN CAMPUR LIPAS DI RESTORAN TEPIAN BANGI

Ni post terbaru saya LIPAS DALAM LAUK YANG DIBELI. Saya dapat info ni pun dari page BBB dekat fb, Anda tengok gambar ni dan jugde la sendiri ye.




Dibawah adalah keterangan dari pengadu

Abang saya beli lauk dkt Tepian Bangi seksyen 4,ada anak lipas dan lalat..niat bukan nk jatuhkan perniagaan orang..tapi sila amalkan kebersihan ketika berniaga. 

Katak Pisang Saya pun kena jg makan nasi lemak ada anak lipas mungkin goreng masuk dlm ikan bikis goreng

Saturday, April 19, 2014

The Best Place For Eat in Bandar Baru Bangi

Kali ni saya nak post tentang tempat - tempat menarik untuk MAKAN di sekitar BANDAR BARU BANGI.

Jadi bila anda berkunjung ke BBB anda tak perlu lah bersusah payah untuk mencari tempat makan yang menarik dan memenuhi selera anda.

Untuk makluman kesemua tempat yang saya post ni adalah hasil dari perkongsian penduduk BBB jadi bukan sekadar dari pandangan saya sahaja. Ini adalah pilihan ramai.

                                                      
   

Bangi Tom Yam seksyen 1
Masak 3rsa mmg terbaik..

Anna Sera Selalu g bb tom yam ...rasa makanan ok,harga bley tahan ,servis cepat



Soho sg merab





Nk main asap2 main masak2 leh gi steamboatantarabangsa dekat ngan kedai telekung SITI KGADIJAH Happening tempat ni





Nk makan steak gi lah try kat @grills. Harga reasonable... Tempat relax. Lokasi sebaris kedai mohdchanabdullah seksyen 9 tu.






OLD MALAYA KOPITIAM kat bangigateway ala ala kopitiam punya style





Wadihana Islamic Kitchen...ok gak makanan fresh lg

IsMa Maa Wadihana islamic kitchen pling best...nasi goreng tok mak paling power kalau yg suka pedas.....




Ni menu kat PAPARICH. Menu byk kat sini. Duit pun kna sedia byk gak hihi. Tapi org ttp ramei. Kna kaji gak kenapa ramai? Selalunya service yg bagus, menu yg menarik.



 Lau nk gi johor kata jauh pe kata singgah kat RAHSIAKOPITIAM seksyen 15 dekat faris maju tu. Nk rasa makanan johor 'meerebusmajidee, kacang pol' singgah je sini






 MyRice Restaurant, Seri Bangi, Jalan 8/35, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi....





Restoran sharipah sek7 banyak pilihan lauk pauk n sedap.westren pulak



Sempoi Coffee pun best jugek. Banyak menu.....lokasi depan restoren Ameer kat ngan Pasar tani RHB tu




Satey Mama pasar tani dkt RHB BBB





Tengok2... Dapur Tok Mok... nak mkn masakan kmpg...



Amacam dah dapat buat pilihan ke belum ha ha ha ni saya bagi lagi cadangan tempat makan yang menarik tapi tiada gambar ye sorry.


AMEER ALI seksyen 15.. Nasi goreng ada, mee goreng ada, bihun goreng ada, roti kosong ada, teh tarik ada.. semua ada


 D one steak.depan sri bangi...anak anak suka kat situ


Restoran sharipah order nsi grg sharipah...pueh hati ..


Lau kat san francisco sejak catuan ayer ni menu ayer tak byk x silap de tiga je.                                                                                                                                                                           
Hafez Namlu Perantau hill sg merab ok....

Mohd Roslan Md Noor Pagi esok bfast D' Bukit..opposite shell selaman roti canai kari kambing...kaw2

Matt Pucheon Somtam terbaek Suraya Thai ss7

Matt Pucheon Amira tomyam tmn sepakat indah

Sharin Malek Kelisa la...ada satay kelisa ada pisang chess ada steam bot ada beger kukus...nyam3

Tun Alimin Wan Agil Nasi briyani gam Anje Seksyen 15

Mohd Shafiruz kuey tiaw goreng kat restoran sri bistari seksyen 7. 1st time makan kuey tiaw dia sedap gile. ada masuk sotong sekali, memang terasa manis dia.

Noor Samiza Abu Kasim Saper pnah mkn kat Dapur Tok Mok blkng Warta.. kdai kaka ipar I... kikikkki nasi goreng sawah padi best. ..

Nur Fawwazawani Shamsul Ambia Restoren ayam kampung hassan.seksyen 7. Masakan kampung best

Ikhwan Ramli Zaini satay memang terbaik ! Cubelaa kt selaman , sebelah petronas . pekerja die pun friendly , servis cepat . puas hati laaa ! 

Rosdi Mohd Al-Habsyi Try breakfast makanan kemboja...kat seksyen 15 dekat stadium Mpkj pun best. Kutew sup cham, bang bung, ban kuong etc... Pun best he.he.

Zaki Mahamud mCafe Bunian @ dusun kg limau manis ... kena book nak lunch... dlm dusun dan rasa maintain..


CREDIT TO GROUP https://www.facebook.com/groups/bdrbarubangi/537809139671829/?notif_t=group_comment_reply



                                               









 

Sample text

Sample Text

Saya ingin berkongsi tempat makan yang menarik dan tidak menarik yang pernah saya kunjungi dan dapat di kongsikan bersama anda semua.Jika anda ade tempat untuk dikongsi boleh hantar gambar dan maklumat ke email mohdhairuddin@gmail.com

Sample Text