minggu lepas saya pergi ke perlis kerana ada jemputan perkahwinan, Memang syok makan kenduri kat sana lauk pauk pun sedap ade somtam mangga, ikan termenung goreng, ikan termenung rebus, nasi putih, ulam-ulam, sambal belacan dan ade juga laksa. Maaf sebab saya terlupa nak snap gambar sebab terliur dgn menu makanan dia tak teringat nak ambil gambar
Cube tengok gambar kat atas tu mane lagi nak dapat keadaan macam ni di bandar-bandar zaman sekarang dimana jiran jiran dan sanak saudara bergotong-royong bersama-sama.Ni dekat bandar semua pakai catering dah tak best macam kat kampung.
Makcik-makcik ni tah bergosip ape tah tu sambil makan laksa setelah berhari membantu keluarga ini menyediakan persiapan kenduri perkahwinan.
sambil makan blh tengok pemandangan yang indah lagi menghijau terbaik tu.Sawah padi siap ade gunung lagi kat belakan tu.
P/S kalau nak tau lokasi ni rumah kenduri ni bersebelahan rumah pak yus raja lawak tapi sayang pak yus tiada disana pada waktu ni maklum la banyak job kat kl kalau tak dapat jugak bergambar dengan pak yus
No comments:
Post a Comment