Social Icons

Sunday, May 6, 2012

Tat Nasi Ayam Sg Petani

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Post saya hari ini tentang kedai Tat Nasi Ayam di sg petani kedah.
Kedai ni not bad la pemandangan dari luar ok bila dah masuk dalam pun ok not bad la.


di atas gambar dari luar restoran.


Nampak tak harga nasi ayam kat stall tu ha ha ha cuma RM 3.80 sahaja ye


di atas adalah gambar makanan yang saya order ok la bila perut lapar cume nak komen satu je ayam dia keras sangat tak lembut.


tgk pic kat atas tu sedap tak abc tu peh abc dia memang terbaik minum waktu tengah hari haaaaa lega











Friday, May 4, 2012

Kenduri di Perlis

minggu lepas saya pergi ke perlis kerana ada jemputan perkahwinan, Memang syok makan kenduri kat sana lauk pauk pun sedap ade somtam mangga, ikan termenung goreng, ikan termenung rebus, nasi putih, ulam-ulam, sambal belacan dan ade juga laksa. Maaf sebab saya terlupa nak snap gambar sebab terliur dgn menu makanan dia tak teringat nak ambil gambar


Cube tengok gambar kat atas tu mane lagi nak dapat keadaan macam ni di bandar-bandar zaman sekarang dimana jiran jiran dan sanak saudara bergotong-royong bersama-sama.Ni dekat bandar semua pakai catering dah tak best macam kat kampung.


Makcik-makcik ni tah bergosip ape tah tu sambil makan laksa setelah berhari membantu keluarga ini menyediakan persiapan kenduri perkahwinan.


sambil makan blh tengok pemandangan yang indah lagi menghijau terbaik tu.Sawah padi siap ade gunung lagi kat belakan tu. 

P/S kalau nak tau lokasi ni rumah kenduri ni bersebelahan rumah pak yus raja lawak tapi sayang pak yus tiada disana pada waktu ni maklum la banyak job kat kl kalau tak dapat jugak bergambar dengan pak yus





Tuesday, May 1, 2012

A.D.O Cyberjaya

Kalau anda datang ke Cyberjaya banyak tempat makan yang menarik ada disana yang ingin saya berkongsi dengan anda adalah satu jenis minuman yang SPECIAL ermmm memang special nama minuman ini A.D.O @ Ade Duit On ha ha ha .
Kedai ini terletak di kawasan medan selera di perhentian bas cyberjaya dan warung ini bersebelahan pejabat pos cyberjaya dan ayam penyet.



A.D.O harga hanya RM 2.00 gelas besar harga memang berpatutan isi didalamnya ada buah laichye, jagung, kacang, kismis, susu peh memang sedap minum waktu tengah hari terliur dibuatnya. Cuma satu je nak pesan kalau datang waktu lunch memang tiada tempat duduk kedai ni sebab ramai orang kalau nak duduk kene la tunggu turn ye.


 

Sample text

Sample Text

Saya ingin berkongsi tempat makan yang menarik dan tidak menarik yang pernah saya kunjungi dan dapat di kongsikan bersama anda semua.Jika anda ade tempat untuk dikongsi boleh hantar gambar dan maklumat ke email mohdhairuddin@gmail.com

Sample Text