Social Icons

Tuesday, December 30, 2014

MEE RACUN BATU PAHAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya. Hari ni saya ke batu pahat atas urusan kerja. Saya tinggal di landmark hotel harganya berpatutan dan saya book menerusi booking.com pssttt promote sikit he he he.

Saya check in hotel ni pada pukul 6 petang perut pun lapar sebab tengah hari tak makan lagi, jadi saya pun tengok la menu list yang ada dalam bilik ni ( room 305 ). Belek punya belek tertarik pula dengan menu landmark special dimana disitu ada set nasi goreng dengan ayam goreng + air green tea + aiscream harga baru RM 15 tak termasuk 6% goveemant tax  
 


Kira berbaloi la kalau nak makan dalam bilik dengan harga ni tak macam hotel lain cekik darah. 

Bila malam menjelang saya pun duk pikir apa nak makan malam ni jadi saya pun pergi la berjumpa dengan pakcik google dan bertanya makanan apa yang sedap di batu pahat ni, tanpa berpikir lama pakcik google pun keluarkan la jawapannya semua hampir sama iaitu mee racun. 
Saya pun baca la dalam 4 ke 6 blog semua bagi komen positif tentang kedai ni dan menu special dia iaitu mee racun. 

Apa lagi dapat alamat saya pun guna la pula makcik waze untuk cari lokasi kedai ni. Pusing punya pusing akhirnya jumpa kedai ni terletak berdekatan banggunan tabung haji dan hotel pine 

ini gambar pine hotel 

Gerai dia terletak seberang jalan berdekatan pine hotel atau lebih senang rumah kedai dekat depan banggunan tabung haji.

Denga hight expectation saya dengan membe saya berasa teruja nak try mee ni.
kami pun order la masa order tu kami tanya la pelayan tu mee racun ni macam mana dia pun jawab macam mee bandung eemmm okok. 

First impretion 



Terbaik tu nampak mengiurkan perhhhh. Pandangan pertama saya bagi 4 bintang.
Saya pun cuba makan ermmmmmmm indah kabar dari rupa mungkin tak kene dengan selera kami berdua kut.


Membe saya pun makan tak habis sebab dia kata boleh makan tapi nak kata terlampau sedap tak la.

Saya setuju dengan pendapat dia otak otak tu lagi sedap dari mee tu habis 2 bakul kami balun he he he .

Harga mee racun biasa RM 5 satu pinggan ok la tak mahal dalam tu ada daging lembu/telur dadar dan tentu la mee kan. Pstttt no sayur ooo


Tengok banyak rancangan makanan dekat tv dah mengunjungi restoran ni antaranya jalan jalan cari makan tv3 , sarapan tv3 , astro afc dan ade lagi cuba la zoom ye 


Kalau sesat atau tak jumpa kedai ni boleh call nombor yang ada dekat kad tu.


Rasanya ni tokei kut sebab dia duk dekat meja casyer sambil membaca yasin terbaik.

Ok la saya rasa cukup la ulasan tentang mee racun ni dari 5 bintang saya bagi 2.5 bintang sahaja la ye mungkin selera kita lain lain orait good nite sleap time.




 

Sample text

Sample Text

Saya ingin berkongsi tempat makan yang menarik dan tidak menarik yang pernah saya kunjungi dan dapat di kongsikan bersama anda semua.Jika anda ade tempat untuk dikongsi boleh hantar gambar dan maklumat ke email mohdhairuddin@gmail.com

Sample Text