Social Icons

Saturday, July 19, 2014

THIS IS MALAYSIA ( PRAY FOR PALESTINE )

CETUSAN PENDAPAT - kiriman Ahmad Tarmizi Idris
"Tiada Negara Seberani Negara Malaysia"
Ayat di atas bukan kata aku tetapi kata-kata dari seorang rakan berasal dari Sepanyol. Mengapa dia kata begitu? Ia bermula selepas dia membelek-belek passport aku dan dia terkejut bila dia terbaca,
"Passport ini sah digunakan di semua negara kecuali Israel"
"Eh, saya tak pernah melihat passport seperti ini. Malaysia benar-benar anti Israel. Saya boleh katakan tiada negara yang seberani Malaysia!" katanya.
Bagi rakan-rakan Palestin, kebanyakan mereka sudah tahu mengenai perihal passport Malaysia. Bagi mereka yang baru mengetahui hal ini, berpusu-pusu merakam gambar dan kongsikan di Facebook. Menurut mereka, di Palestine, mereka tidak boleh menyebut nama Malaysia sesuka hati. Apatah lagi jika ada askar Israel berhampiran kerana mereka sangat-sangat sensitif dengan nama Malaysia. Namun, kebencian Israel terhadap Malaysia membanggakan warga Palestin.
Salah seorang rakanku dari Jordan mengatakan bahawa tiada satu pun dalam mana-mana passport negara Arab yang berani meletakan pengecualian sebegitu dalam passport. Ini kerana mereka takut dengan Israel. Tetapi Malaysia yang bukannya Arab berani dan kuat daripada negara Arab itu sendiri.
Dan yang paling aku tak boleh bila seorang rakan dari Libya mengatakan sesuatu yang agak keterlaluan bagi aku iaitu,
"Saya rasa seolah-olah Nabi Muhammad bukan dari Arab tetapi dari Malaysia. Sebab kami tengok orang Malaysia jauh lebih sayang Islam dari orang Arab sendiri."
Demi Allah yang memegang urat jantungku, ini semua bukan rekaan semata-mata tetapi inilah yang aku lihat dan dengar ketika berada di Turki. Sedangkan orang Turki pun boleh kibarkan bendera Malaysia di kedainya, apatah lagi dengan kenyataan seperti ini?

Tuesday, July 8, 2014

WOW PERODUA DAH KELUARKAN KERETA HYBRID TERBARU

Tadi saya ke KLIA2 dan parking kereta dekat tempat letak kereta berbumbung, Mula - mula masuk parking tu aku pandang dekat mesin tiket parking tu ada tertulis 1 jam pertama RM4 pergghhhh pening aku.

Aku masuk parking tu lebih kurang pukul 2 ptg dan keluar pukul 6 ptg total parking aku kene bayar RM 15.

Semasa nak ke kereta aku ternampak ada 6 petak parking yng di warna dengan warna hijau dan di letakkan kon lalu ku terpandang sign board tu tulis untuk kenderaan hybrid sahaja. Pandang punya pandang aku ternampak myvi warna putih pun park dekat situ.

Wowww terkejut aku bila pula perodua lunching kereta baru ni ish ish pelik pelik korang saksi kan la sendiri yo.




Kalau korang berminat boleh la ke pusat pameran perodua yang berdekatan untuk test drive ye he he he he he.




 

Sample text

Sample Text

Saya ingin berkongsi tempat makan yang menarik dan tidak menarik yang pernah saya kunjungi dan dapat di kongsikan bersama anda semua.Jika anda ade tempat untuk dikongsi boleh hantar gambar dan maklumat ke email mohdhairuddin@gmail.com

Sample Text