Social Icons

Wednesday, March 19, 2014

Medan ikan bakar umbai

Terasa begitu lama aku tak update blog aku ni, maklum la terlampau busy sekarang he he he busy la sangatkan.

Hari ni 19/3/2014 aku memenuhi permintaan isteri ku maklum la jumaat ni 21/3/2014 suaminya akan berangkat ke jepun.

Dari pagi dah bergegas ke LCCT untuk melawat kedua ibu bapa mertua ku yang baru sampai ke malaysia setelah 2 minggu pergi menunaikan umrah.

Selepas itu aku dan isteri pergi pula ke plaza metro kajang membeli segala kelengkapan untuk aku berangkat ke jepun maklum la waktu ni cuaca di jepun 19 c jadi kene prepaire baju tebal sikit. Habis juga RM 500 uihhhhhh letih.

Lepas shopping kami ke money changer untuk tukar duit RM ke yen di mana aku tukar RM 400 dan dapat dalam 12000 yen

Selapas asar kami berempat iaitu aku dan isteri serta adik ipar dan suaminya berangkat la ke umbai melaka.
Perjalan dari kajang menggunakan lebuhraya plus sehingga medan ikan bakar umbai mengambil masa selama 1 jam 30 min dengan jumlah tol RM 15..80.

Sampai diumbai ape lagi aku pun terus memilih item kesukaan aku iaitu ketam menu yang lain aku biarkan meraka sahaja yang pilih.

Jadi ini lah menu pilihan tersebut


LALA MASAK SAMBAL




BUTTER PROWN 


NI KESUKAAN AKU KETAM MASAK BLACKPAPER


SIAKAP BAKAR


SOTONG GORENG TEPUNG


Kos keseluruhan makan malam ni RM 109 termasuk 2 x air fresh oren, 1 x air tembikai, 1 x air laichi, 1 x air kosong, 7 bungkus nasi lemak dan 2 x jeli kelapa.

Punya la jauhkan makan malam sampai kajang lapar balik hu hu hu.

Perjalanan pulang dari umbai ke kajang cuma mengambil masa 1 jam sahaja aku pun pelik macam mane boleh cepat 30 mint sedangkan kelajuan aku bawa sama je 120 ke 140 km/h.

Ok lah sampai sini dulu nanti aku update tentang jepun pula bila senang dalam 2 week lagi bye adios selamat malam.



 

Sample text

Sample Text

Saya ingin berkongsi tempat makan yang menarik dan tidak menarik yang pernah saya kunjungi dan dapat di kongsikan bersama anda semua.Jika anda ade tempat untuk dikongsi boleh hantar gambar dan maklumat ke email mohdhairuddin@gmail.com

Sample Text