Social Icons

Sunday, May 26, 2013

Tempat - tempat menarik di kota kinabalu sabah

Di sini saya ingin berkongsi antara tempat menarik berdekatan kota kinabalu yang telah saya kunjungi baru-baru ini.Percutian kali ini telah dirancang dalam 2 bulan almaklum la beli tiket murah dari Air asia.


Psssst nak kongsi sikit bukan nak condem tapi bagi orang berbadan besau macam saya ni bila naik airasia ni cabin dia sempit dan jarak antara seat amat rapat dan kurang selesa.Semasa tengah tunggu flight pulan dari kk ke semenanjung saya ade bersembang dengan seorang awek ni, dia orang sabah dan selalu berulang alik dari kk ke semenanjung dia kata ade flight tambang murah yang baru terbang dari klia ke kkia, WOWWW menarik ni saya pun tanya flight ape company ape dia kata mas gabung dengan syarikat tambang murah dari indonesia jadi la malindo ni.



ruang dalaman yang lebih selesa dan ade skrin tv dekat seat dia dan makanan atau snek diberi percuma, jadi sekarang kita dah ade pilihan untuk pilih yang terbaik.


Pertama kali pergi jalan-jalan naik kapal terbang jadi macam ni la ha ha ha jakun semua gambar nak di snapnye.


Ok selesai sudah tentang pilihan penerbangan sekarang saya nak cerita antara tempat yang telah saya lawati. Tempat pertama ialah mount kinabalu.


pemandangan dari jauh gunung kinabalu sungguh indah ciptaanNYA.



Dengan menaiki kenderaan ambil masa lebih kurang 20 minit untuk sampai ke tempat permulaan pendakian dari tanah rata kalau jalan kaki tak tau la berapa lama pulak he he he.


Lawa tak model saya he he he.

Tempat kedua tagal ikan di ranau 


tempat ni menarik juga la terletak tidak jauh dari gunung kinabalu bagi yang pertama kali datang tu kalau tiada pemandu pelancong saya sarankan guna gps sebab memang tiada papan tanda untuk ke tempat ni.
kos satu kepala nak masuk ke tempat ni RM 5 untuk rendam kaki kalau nak mandi satu adan RM 10 kalau dalam group anda bawa kamera kena charge RM 3 bagi satu group dan makanan ikan RM 0.50 satu pack.
Charge RM 5 untuk rendam kaki tu hanya untuk tempoh 15 minit sahaja tapi group saya dapat 20 minit he he rahsianye kene pandai la bodek orang yang jaga jam tu kalau anda lebih pandai bodek dari saya mungkin blh dapat 30 min kot.


Tengok banyak tak ikan tu yang saya pelik tu ni kawasan sungai terbuka bukan kolam tapi ikan tu tak lari pun ia tidak takut pada manusia dan besar pulak ikan tu. Menurut penjaga dekat situ ikan ini terdiri daripada ikan kelah.


Anak buah saya yang takut dengan ikan ha ha ha ha sebelum sampai bukan main berani dah sampai dekat sungai takut.

PSSSTTTTT nak bagi tau kalau yang tak tahan kene gigit dengan ikan tu tak payah la masuk memang sakit oo kene gigit dengan ikan tu sampai merah-merah kaki kita bah.



Tempat ketiga pantai tanjung aru 

Saya pergi ke pantai tanjung aru ni waktu hampir senja kerana pada waktu inilah kita dapat menyaksikan pemandangan matahari terbenam memang cantik .



macam mane cantikkan.Bagi yang muslim tu kalau dah pergi time macam ni paham paham je la mesti lah dah masuk waktu maghrib jadi surau ade disediakan disini.
Dekat sini terdapat juga medan selera menjual makanan laut jeruk dan kepak ayam bakar madu sambil lepak lepak tu boleh la menjamu selera tapi tak boleh la lama lama sebab kawasan ni parking berbayar saya pun dah lupa berapa sejam parking dia.

Tempat ke empat pasar philipin 

Ha kalau bawak orang pompuan memang dia suke pergi dekat sini kerana disinilah shopping heaven di sabah, dekat sini ade jual ikan masin, keropok,udang kering dan most important mutiara.
Saya pergi de kawasan pasar malam memang penuh dengan orang kebanyakannya pelancong semenanjung macam saya yang sebok membeli dan tawar menawar dengan peniaga disini kalau pandai tawar menawar memang menguntungkan siap dapat free gift lagi.


Ha tengok tu bermacam-macam jenis kerongsang yang menarik minat kaum hawa.


Yang ini antara yang menjadi pilihan isteriku dimana harga yang kami dapat setelah tawar menawar ialah satu papan tu RM 30 ade 12 biji semuanya berbaloi tak ini semua mutiara air tawar kalau air masin agak mahal sikit dalam RM  5 satu biji .


Bling bling 



Hanya ini sahaja yang aku beli untuk diri aku dari sabah almaklum la raya nak dekat jadi beli ini je la.


Yang ini pulak aku beli untuk staf aku dkt office dan bos aku tak tau nak beli ape.

Tempat ke lima pasar pagi kota kinabalu 

Dekat pasar pagi ni memang happening ade barang yang murah dan ade juga yang mahal tapi kalau bab makanan seafood memang terbaik bro murah murah dan fresh lagi tu 



Tengok fresh ke tak siap blh susun menegak lagi mata ikan semua putih putih tak de merah pun dan semua besar - besar puas hati makan seafood dekat sabah ni.



ikan tahap giant ni.



Gambar terpaksa dikaburkan kerana menjaga identiti ikan tersebut, besar sangat ikan ni sampai penjual ikan tu tak larat nak angkat dan terpaksa menarik ikan tu untuk dibawa ke kedai beliau.



lihat la betapa besarnya saiz sotong ini.




Saya kurang pasti ikan apekah yang bewarna biru ini macam ikan alien pun ade.

Tempat ke enam Bukit bendera

Tempat ni bukan macam bukit bendera di pinang ini hanyalah kawasan dimana kita boleh melihat seluruh kawasan kota kinabalu.


pemandangan disiang hari tidak la menarik sangat biasa biasa sahaja.


Bila malam baru menarik kerana kita dapat lihat keindahan kota kinabalu dengan lampu yang bergemerlapan disana sini.

Tempat ke tujuh Jambatan Tamparuli 

Sebenarnya kami melalui kawasan ini secara tidak sengaja,dimana pada waktu itu kami menggunakan gps untuk ke gunung kinabalu dan gps itu telah membawa saya melalui jalan ini.



memang satu pengalaman yang tak dapat dilupakan bila kami menggunakan proton exzora menyeberangi sungai tersebut hanya ALLAH sahaja yang mengetahui berapa takutnya kami.

KAMI STAY DI EDY HOMESTAY 

saya syor kalau nak ke kota kinabalu stay dekat homestay ni tapi kene booking awal la dan dia juga boleh arrange untuk kreta sewa harga dia memang terbaik 0168365334/0168199465

Lokasi:
Homestay ini terletak di University Condo
Apartment 2 Kota Kinabalu Sabah. Kedudukannya
berhampiran dengan indah permai,inanam,1Borneo
Hypermall, Jakel Silk House, Universiti Malaysia
Sabah, Bangunan Yayasan Sabah, Politeknik, UITM.
*Berdekatan dengan bukit(suhu sejuk sebelah
malam).

Kemudahan:
Homestay terletak di ground floor (x perlu naik
tangga,penat @sakit lutut), dilengkapi dengan 3
bilik tidur, bersama peralatan asas bagi menjamin
keselesaan para tetamu yang menginap. Diantara
peralatan asas seperti sofa,katil,meja
makan,tv,wifi,almari dll.
Dilengkapi dengan
bantal,selimut,tuala,sejadah,telekung dll.
Dapur memasak,peti sejuk,mesin basuh.

Kemudahan lain:
Kemudahan yang ada disekitar homestay adalah
seperti kolam renang, parking lot tertutup, serta
pengawasan keselamatan 24 jam (guna kad untuk
masuk),Gym,playground.
Ada wifi..free
pelampung juga disediakan-free juga.

Kelebihan:
Jimat bagi yang berkeluarga ramai.Jimat berbanding
sewa hotel.Rumah yang bersaiz 750sq dan 3 bilik
(6-8 orang).
*parking berbumbung dan keluar parking terus masuk
rumah (x penat panjat tangga).
 

Sample text

Sample Text

Saya ingin berkongsi tempat makan yang menarik dan tidak menarik yang pernah saya kunjungi dan dapat di kongsikan bersama anda semua.Jika anda ade tempat untuk dikongsi boleh hantar gambar dan maklumat ke email mohdhairuddin@gmail.com

Sample Text