Social Icons

Monday, April 23, 2012

Kaya roti brand Mighty White berkulat

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

hari ni aku memang panas dengan product ni baru nak menjamu selera dengan roti bakar terus hilang selera bila
jadi benda macam ni. Bukan aku nak kutuk atau nak merosakkan perniagaan orang tapi aku sebagai pengguna yang teraniaya rasa aku patut berkongsi benda ni dengan orang lain walaupun harga barang tu cuma RM 2.50.

Anda semua mesti kenal product ni nama product ni MIGHTY WHITE kalau tak kenal lihat gambar di bawah






Aku beli kaya perisa NYONYA KAYA brand MIGHTY WHITE  pada 24/4/2012 masa 1:16 am di sebuah stesen minyak shell di kawasan kajang. 
Sampai dirumah aku pun terus buka kaya dan sapu atas roti dan siap untuk dibakar di dalam pembakar roti aku pun try la rasa sikit kaya tu aik kenapa rasa dia lain macam je, Mula la bermacam persoalan bermain di pikiran aku yang dah serabut ni, 


Cuba anda lihat tarikh dekat penutup kaya tu 2/7/2012 lambat lagi kan tarikh luput dia manakala dekat belakang sudu yang aku gunakan untuk menyapu kaya ke roti tu ade kulat dah melekat ni bukan photoshop ye ini betul betul kejadian.


Di atas gambar lebih jelas lokasi kulat di dalam bekas kaya dan diatas kaya tu. Aku cube cari dekat internet dan bekas kaya tu alamat email atau website dia tapi mengecewakan mereka tiada website baru ingat nak hantam je email siap dengan pic sekali. Kalau ade sesiapa yang berkerja atau kenal mereka yang bekerja dengan company ni jangan la segan segan ye panjangkan cerita dalam blog aku ni kepada mereka

AHHHHH KECEWA AKU MLM NI X DAPAT MAKAN ROTI BAKAR
























Wednesday, April 18, 2012

Mee banjir udang mak teh

Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung dan pembaca blog saya ini. Hari ini saya ingin berkongsi satu tempat/lokasi makanan terbaik untuk anda iaitu Warung Mak Teh Mee BANJIRRRRR Udang.Pertama kali saya jejakkan kaki ke warung ini adalah pada 25/7/2010 itu pun sebab orang rumah yang ajak he he he maklum la bukan tak nak bawak dia pergi sebelum ni maklum la bukan tempat kita takut sesat sebab tak tau jalan.Warung ni terletak betul betul di bahu jalan di area kuala sepetang perak.Kalau ikut lebuh raya utara selatan dari arah selatan guna exit taiping atau  ni alamat dia Batu 9 1/2, Kampung Tebok, Jalan Kuala Sepetang, 34750 Matang, Perak, Malaysia. atau pun boleh hubungi no di bawah 


Harga untuk makanan disini tidak la mahal dan saya rasa amat berpatutan dimana semangkuk mee banjir udang air masin hanya RM 12 manakala udang air tawar RM 10 dan kalau udang bela hanya RM 6 semangkuk.
ha nampak tak udangnye besar punya dan banyak
ha tengok betul tak saya kata banyak udang nya memang puas hati la bagi penggemar udang kalau makan kat sini.
Selain mee udang terdapat juga nasi goreng banjir udang seperti diatas letih jugak saya nak mengabis kan udang tersebut ermmm lazatnye.
Kira lah sendiri udang yang telah isteri saya letak dalam pinggan tu banyak tak.

Ini pemandangan kedai dari seberang jalan.
Kepada mereka yang belum mengunjungi boleh la datang jenguk kedai ni skali skale memang berbaloi.






 

Sample text

Sample Text

Saya ingin berkongsi tempat makan yang menarik dan tidak menarik yang pernah saya kunjungi dan dapat di kongsikan bersama anda semua.Jika anda ade tempat untuk dikongsi boleh hantar gambar dan maklumat ke email mohdhairuddin@gmail.com

Sample Text